Sunday, January 3, 2010

1 malaysia wedding???

Kerry Asmat January 3 at 4:01am
I want to share my recent experience witnessing a friend's wedding in a church last friday morning.

Saya dijemput sebagai kawan rapat kepada rakan saya (the groom) ni yg beragama catholic-kristian berbangsa serani. Dan dia berkahwin dgn seorang protestant-kristian berbangsa cina.

Jadi, mengikut tradisi cina, sebelum pergi ke church, saya dan 7 lagi rakan-rakan rapat (entourage or heng tai) kepada pengantin lelaki ni pun pergilah ke rumah si bakal pengantin perempuan ni di kediamannya & permainan perkahwinan cina pun dilangsungkan. Mmg syok & kelakar. Bole di kira 1 Malaysia la jugak kita ni... sebab diantara "heng-tai" ni semua...berbilang bangsa & agama. By the way, this event is called the "chinese wedding door games": http://www.chinabridal.com/etiquette/procession.htm

Ok... nak pendek kan cerita... lepas tu saya dijemput ke church utk majlis perlangsungan perkahwinan mereka ni. Mula2 saya was-was la jugak nak masuk church ni... sebab saya tak tahu apa hukumnya seorang muslim pergi ke church? Tetapi hati saya cekal, niat saya ke church ni semata2 utk menemani & saksikan perkahwinan kawan baik saya ini... itu saja.

Apa yg saya sedih & kesal... apabila "priest" ni sempat KUTUK Perdana Menteri kita, konsep 1Malaysia kita & juga berucap tentang pentingnya utk mereka terus menggunakan terma "ALLAH" sebagai tuhan mereka di dalam penterjemahan mereka. Terdapat juga sorakkan semasa Priest ni berucap sedemikian. Terkejut saya, bahawa di church pun mereka Berpolitik?!?!

Priest ni pun tak habis2 sindir bahawa konsep 1 Malaysia ni hanya penyedap mulut & hanya impian yg takkan jadi kenyataan selagi ketidak sama-rataan & dia berulang2 kali menyebut "FAVOURITISM" of race & religion kat malaysia ni. Para hadirin pun bersorak. Dalam hati saya... "apa kena mengena semua ni dgn perkahwinan kawan saya ni?"

Rupanya, dia nak mengatakan bahawa perkahwinan ni adalah perkahwinan sejati konsep 1M iaitu 1 Marriage.... dia nak mengatakan unity thru 1 Malaysia will fail... but unity in marriage will outlast thru thick & thin. Dia nak mengatakan bahawa pentingnya the unison of marriage TAPI..... di masa yg sama... HENTAM konsep 1 malaysia....

bagi saya lah.... macam haraaaaammmmmmmm.... & naik jugak darah saya masa dlm church tu. Saya dok beristighfar banyak2 dlm church tu & tenangkan hati saya. Ikut hati saya dah bangun & angkat kaki belah dahhhhhh... tpai dok pikir kawan baik saya je saya stay kat church tu.

Ni je saya nak cerita...... org dok cerita jgn politik di masjid.... tapi sapa tahu? kat church pun ada? semakin ramai musuh2 kita ni. We have to be extra vigilant nowadays... wahai saudara2 seperjuangan.... at the same time...we can continue the concept of 1Malaysia... which i strongly support!

Salah satu daripadanya is thru marriages ni. Let's expose ourself to other religion & race's tradition. Jgn biar ada konsep "kuno" yg mengatakan... "ehhhh kita org islam... mana bole masuk church/kuil"....or "kita org islam.... mana bole kawin bertemakan bollywood".... hehehe..... ni semua gara2 sindiran daripada saudara-mara saya..... bila diorang dpt tahu saya pergi church & pabila kawin abang saya di tengah bulan ni bertemakan hindustan. Saya jawab.... "cakap la apa nak dicakapkan, semasa perang salib... byk juga gereja dijadikan masjid. Saya tak lupakan Tuhan saya & agama saya. Lagipun adat perkahwinan melayu di pun byk berunsur & influence dari india.... lagi2 pasal hantaran (dowry) & persandingan".

Adoiii... what a weekend.....

No comments: