There were only 3 of us there who are not of the christian faith & we were asked questions like..."Does your religion allows you to be in a church? Does the mosque allow us to be in there during the akad nikah ceremony?"
Questions like this, after over 50 years of independence shouldn't be asked but should already know the answers.
Jadi saya menjawab, "Saya di church ini semata2 ingin menyaksikan perlangsungan rakan baik saya & saya dijemput. Tentang agama/bangsa lain berada di dalam masjid tidak menjadi masalah. Yang wajib adalah peradaban berpakaian, itu sahaja".
Ada juga diantara golongan muslim kita sindirkan saya bahawa adalah tak elok utk seorang muslim utk pergi ke gereja. Bagi saya Islam sentiasa di dalam hati, tak kisah dimana kita berada. Bagaimanakah pula jika kita seorang yg muslim berada di negara yg mempunyai ratio islam yg rendah seperti di Brazil, Angola, Belgium, Australia, Canada, Denmark...etc.
Abang saya akan melangsungkan pernikahannya minggu depan & majlis bertandang di kediaman kami bertemakan "bollywood". Belum apa2 hal dah ada org menyindir bahawa ia tidak "kena" & "bukan adat kita". Adat bersanding kita & juga hantaran2 ni pun sebenarnye dari adat org india. Diorang ni tahu tak? Ni bukan majlis pernikahan. Lagipun tema hanyalah dalam segi persediaan, dekorasi, pakaian & juga irama2 yg akan berkumandang semasa majlis keramaian ini. Nak buat camne? Pengantin suka bollywood maaa.....
Jadi... saya ingin utarakan disini bahawa, jika kita ingin memperjuangkan konsep 1Malaysia, ini adalah satu dari caranya. Malaysia kaya dengan adat & budaya, apa salahnya jika majlis perkahwinan melayu beradat india, cina beradat melayu, india beradat cina? Janji, syaratnya perlangsungan pernikahan sah masing2 mengikut agama masing2.
Let this be a starting trend of 1Malaysia wedding. ;-)
p/s: ...& we can prove the priest wrong on his sermons abt 1Malaysia too.
No comments:
Post a Comment